Spesifikasi Mobile Dialysis Unit (MDU)
Ringkasan struktur unit, komponen utama, kapasiti operasi dan keperluan lokasi — untuk rujukan pihak korporat, NGO dan rakan kolaborasi.
Unit mudah alih yang direka untuk operasi dialisis
Mobile Dialysis Unit (MDU) ialah klinik dialisis bergerak yang menggabungkan ruang rawatan, peralatan utama dan komponen sokongan operasi dalam satu platform mobiliti. Fokusnya ialah memastikan rawatan boleh dijalankan secara berjadual di lokasi komuniti.
Rujukan reka bentuk Mobile Dialysis Unit
Bahagian ini boleh digunakan untuk masukkan 6 gambar rujukan replica, mockup unit, interior rawatan, atau visual susun atur kenderaan.
Apa yang ada dalam Mobile Dialysis Unit (MDU)
Komponen berikut adalah ringkasan struktur dan peralatan utama yang biasanya diperlukan untuk operasi dialisis mudah alih. (Boleh disesuaikan mengikut konfigurasi akhir.)
Mesin Hemodialisis
Mesin rawatan dialisis (contoh: 2 unit) untuk operasi berjadual mengikut kapasiti lokasi.
Sistem RO (Rawatan Air)
Sistem rawatan air untuk memenuhi standard keperluan rawatan dialisis dan kestabilan operasi.
Generator & Power Backup
Bekalan kuasa sokongan untuk memastikan operasi berjalan walaupun lokasi mempunyai kekangan utiliti.
Sistem Elektrik & Panel
Susun atur panel kuasa, soket industri, perlindungan keselamatan dan wiring untuk peralatan perubatan.
Sink/Saliran & Kebersihan
Kemudahan cuci tangan, pengurusan saliran dan elemen kebersihan untuk operasi di lapangan.
Penyimpanan & Cold Chain
Ruang simpanan peralatan pakai buang, consumables serta keperluan simpanan terkawal jika perlu.
Ruang Rawatan & Kerusi
Ruang rawatan dengan kerusi pesakit, susun atur ergonomik dan laluan kerja yang kemas.
SOP Operasi & Rekod
Prosedur operasi, dokumentasi rawatan, log penyelenggaraan dan pelaporan impak program.
Anggaran kapasiti rawatan Mobile Dialysis Unit
Berdasarkan konfigurasi asas (2 mesin dialisis), unit ini mampu menyediakan rawatan secara berjadual untuk komuniti sasaran.
Apa yang diperlukan untuk MDU beroperasi dengan lancar
Keperluan ini membantu memastikan operasi lebih selamat, tersusun dan memudahkan pergerakan unit di lokasi komuniti.
Ruang parkir & akses
Lokasi perlu mempunyai ruang parkir sesuai untuk kenderaan unit serta laluan masuk/keluar yang selamat.
- Ruang parkir rata & stabil
- Akses jalan boleh dilalui kenderaan unit
- Laluan masuk/keluar tidak sempit
Bekalan kuasa
Bekalan kuasa boleh datang dari sumber lokasi atau generator (bergantung konfigurasi operasi).
- Soket / sambungan kuasa jika ada
- Generator sebagai backup
- Pengurusan kabel & keselamatan
Air & saliran (jika perlu)
Keperluan air bergantung kepada sistem RO dan konfigurasi operasi. Saliran/penyahbuangan perlu teratur.
- Sumber air (jika konfigurasi perlukan)
- Pengurusan saliran/pelepasan
- Standard kebersihan
Keselamatan & aliran kerja
Pastikan persekitaran sesuai untuk rawatan, privasi pesakit dan pergerakan staf.
- Ruang menunggu/akses pesakit
- Privasi & kawalan crowd
- Aliran kerja yang tersusun
MDU vs Pusat Dialisis Tetap — mana lebih sesuai?
MDU bukan menggantikan pusat tetap sepenuhnya — tapi ia “mengisi jurang” akses rawatan untuk kawasan pedalaman yang sukar dicapai.
Mobile Dialysis Unit
Fleksibel, cepat deploy, sesuai untuk komuniti pedalaman dan lokasi hotspot.
Pusat Dialisis Kekal
Stabil untuk kapasiti besar — tetapi memerlukan masa, kos dan lokasi yang sesuai untuk dibangunkan.
Berminat untuk menaja atau melaksanakan Mobile Dialysis Unit?
Kami sedia berbincang tentang model pelaksanaan, lokasi sasaran dan bentuk kolaborasi bersama pihak korporat, NGO atau agensi.